Panduan Memilih Jurugambar

Kualiti Album

Custom Album dan Photobook adalah pilihan ramai pasangan beberapa tahun yang lepas dan trend itu terus berlanjutan. Antara ciri album ini ialah kualiti percetakan, kertas dan kekemasannya.

Pengalaman dan Peralatan si Jurugambar

Tidaklah menjadi kesalahan untuk bertanya hal ini kepada bakal jurugambar anda kerana itu adalah hak anda. Semakin luas pengalaman si jurugambar semakin matang dia dengan  tugasannya. Pasti dia akan memberikan nilai terbaik untuk gambar dan album anda nanti. Tanyakan saja...

Etika dan Penampilan

Etika adalah berkaitan dengan adab dan akhlak. Setiap majlis mempunyai etikanya sendiri, apatah lagi majlis perkhawinan. Peraturan agama, pandangan keluarga pasangan anda dan juga para tetamu antara perkara yang tidak boleh dipandang remah. Mampukah jurugambar anda menjaga tingkah dan tutur katanya sesuai dengan majlis anda kelak. Oleh itu kenali jurugambar anda, jangan pula pada masa nikah tu baru anda tahu itulah jurugambar anda...