Dapatkan rebat 10% khas kepada bekas pelanggan kami 2007-2018

My Blog

Perlukan Jurugambar?

Tips mendapatkan jurugambar perkahwinan yang 'ngam'

Masih ramai yang semberono dalam hal-hal yang penting berkaitan hari  paling bersejarah dalam hidupnya; perkahwinan.

Masih ada lagi hanya kenal dan tahu jurugambarnya pada sesaat akan nikah. Bagaikan orang yang sangat lapar dan tidak memilih makanan dan makan apa saja selagi ada. Hal-hal berkaitan citrarasa dan kualiti ditolak ke tepi. akhirnya, tiada yang perlu dibanggakan dari hasil fotografi perkahwinannya. Hingga ada yang malu nak tunjuk dengan kawan, keluarga apatah lagi anak dan cucu esok.

Nilaikan semula pakej; pelamin, andaman dan fotografi/ videografi yang ditawarkan oleh mak andam. Mereka memang amat mahir dalam menantarias pelamin dan solekan tetapi tidak untuk dua bidang seni visual lagi iaitu fotografi dan videografi. Walau tidak semua pak/mak andam yang kurang tahu tetapi fotografi dan videografi sememangnya menuntut kemahiran dan ilmu malah trendnya sentiasa berubah. Kamera, lensa dan flash hanyalah alat. Memilikinya tidak akan menjadikan seseorang itu jurugambar yang sempurna, apatah lagi untuk sebuah majlis perkahwinan yang penting seperti majlis perkahwinan anda.


Falsafah keindahan saja merangkumi tiga prameter iaitu hal benda atau subjek, aspek formalistik, media serta teknik dan akhir sekali makna, fungsi dan konteks. Semua itu harus dipertimbangkan bagi menghasilkan sekeping foto yang merupakan sebahagian dari bidang seni visual.

Fotografi itu satu daripada cabang seni visual yang utama. Ilmunya boleh dicatat dikertas atau dilayar digital tetapi pratiksnya perlukan masa dan mungkin lebih daripada 10 ribu gambar yang pertama dari suatu kamera akan digelar 'cuba-cuba'. Oleh itu risiko kegagalan sentiasa ada jika anda semberono atau tidak teliti membuat keputusan memilih jurugambar.


Ini bukan soal Mahal vs Murah. Adakah memilih jurugambar yang berpengalaman dengan alat yang baik memerlukan wang atau kos yang tinggi? Biasanya ia seiring; terbaik harus bayar lebih tetapi tetap ada ruang perbincangan yang luas kerana pasaran fotografi kini lebih ditentukan oleh kehendak atau impian pengguna. Faktor-faktor yang menentukan kos fotografi sentiasa meningkat tetapi kemampuan pengguna semakin berkurang berikutan keadaan ekonomi pada ketika ini.


Pakej berbaloi itu bagaimana? Bagi mencari titik tengah antara pernawaran dan permintaan di dalam pasaran. Kami membuat beberapa perubahan yang besar bagi kekal bersaing. Namun tidak kami gadaikan kualiti gambar, cara kerja dan album akhir kerana itulah brand Albumkasih terbina dan dapat bertahan sehingga lebih 10 tahun.


Ingin penyelesaian terbaik bagi pencarian perkhidmatan fotografi paling 'ngam'/ sesuai untuk majlis anda? hubungilah kami. Pasti ada pakej yang sesuai untuk anda di sini. InsyaAllah kami akan berikan yang terbaik; hasil pengalaman lebih 10 tahun dan pembelajaran secara kursus bersama guru-guru fotografi terbaik tanah air.


Cikgu Aziz

Albumkasih. 

29 Nov 2018.

Hubungi kami...

Saya mahu tengok pakej...

Izinkan kami membantu anda...

Kami bersedia selesaikan masalah dan keperluan fotografi dan videografi anda...

Albumkasih.com

TB13271, Bandar Sri Indah, Jalan 2,, Batu 10, Jalan Apas,, Tawau, Sabah 91000, my

013-556 6689 & 013 5414 775
azizazams@yahoo.com
Whatsapp, telegram, sms atau email kami hari ini.