Di Bombalai Lagi…

saida 4saida 3asas fb2016 saida 2Kg Pertama, Bombalai- Kampung halamanku. Semua tinta kenangan tertumpah di sini sehinggalah Etak (Ayah/Bapa) berpencen, kami berpindah. Pasangan ini membesar bersama, digelar anak-anak BAL dulunya. Kini mereka mengikat janji bersama untuk melayari bahtera perkahwinan dan kehidupan bersama sebagai suami dan isteri. Seikhlas doa dari kami agar ikatan ini membawa rahmat, rezeki berlimpah dan keredahan Allah kepada mereka sehingga ke akhirnya. Amin

Terima kasih…

Ke Semporna lagi khas untuk pasangan bertuah ini…

asas weddingCerita cinta mereka bermula di bangku sekolah, tinggal bersebelahan kampung, di jalan yang sama dan tertulis untuk mereka jodoh sehingga ke jinjang pelamin. Alhamdulilah. terima kasih kerana memilih kami untuk majlis perkahwinan yang sgt meriah, tetamu yang ramai, makanan yang sedap dan ahli keluarga yang ramah. terima kasih

3 hari 2 malam di Pulau Maiga, Semporna.

Maiga 1

Saya ke sini sudah 5 kali tetapi belum bertemu dengan keindahan pagi yang menjadi buruan pencinta fotografi. Akhir kesempatan dan rezeki itu diberikan Allah s.w.t, alhamdulilah saya mendapatkan gambar-gambar itu. Selama 3 hari dan 2 malam saya menghasilkan 487 gambar yang terbaik setelah membuang gambar-gambar yang kurang berkualiti.

Alhamdulilah…

Dari 0.25 USD ke 10 USD sehari….

Tidak mustahil dan sedang bergerak ke arah itu. Alhamdulilah sudah hampir 800 fail gambar sedia untuk dijual. Akhir minggu ini pasti akan genap 1000 fail akan tersedia untuk dijual dengan aggaran pendapatan 3-5 USD sehari. Jangkaan 150 USD sebulan atau RM539.60. Wah bulan-bulan dapat bonus!!!. dan akan semakin meningkat pastinya. Akhir Tahun ini saya mengharapkan dapat menjual setiap bulan fail dengan pendapatan 300 USD atau RM1079.20. Pasti boleh jika fail gambar tersedia dalam 5000 fail gambar.

terus berusaha….C1DM38155