Kenali Albumkasih

Detik Bermula

Tahun 2006 segalanya bermula dengan sebuah kamera kecil. Laksana mendayung sebuah sampan, setiap kali dayung mencecah air di kiri dan kanan setiap kali pengalaman bertambah. Kini 12 tahun usia pengalaman bersama kamera, ratusan tugasan sudah dilalui. Dari Tawau ke Semporna, Kunak, Lahad Datu, Sandakan, Kota Belud dan Kota Kinabalu. Kami semakin dewasa dalam bidang ini. Perkahwinan, Majls Rasmi, Konvokesyen, Stok Photo, Tugasan Jabatan Kerajaan hingga swasta dll. Kami sentiasa memberikan yang terbaik.

Pendekatan Kami

Idea yang segar adalah sajian fotografi kami. Arus perubahan sememangnya deras mengalir namun kami sentiasa bersedia. Akhirnya kami membentuk jati diri foto kami. Kami memilih JIWA dan RASA yang membawa cerita menjadi teras fotografi kami. Kerana makna sebuah foto akan lebih enak dengan jiwa dan rasanya.

Harapan

Kami tidak mahu berhenti memberikan yang terbaik. Kami mahu terus membunyikan loceng di puncak. Ruang-ruang untuk maju masih luas untuk digapai. Cabaran dan tugasan membina pengalaman, bertokok bertambah memenuhi passion dan keseronokan kami. Banyak lagi sempadan perlu dilangkau dan banyak lagi impian perlu dicapai. Kami berkayuh laju ke sana...

Hubungi kami

Inginkan pakej / Pertanyaan..

Dapatkan perkhidmatan Albumkasih

WhatsApp, Telegram, Email or Call

Albumkasih.com

TB13271, Bandar Sri Indah, Jalan 2,, Batu 10, Jalan Apas,, Tawau, Sabah 91000, my

013-556 6689 & 013 5414 775